Tuesday, 24 September 2013

TRIAL sudah berlalu

                              


Assalamualaikum . Lama tak menaip kan rasanya dah lebih 8 bulan kod . Reason : malas sangat sangat . Sebulan lepas aku dah buat TRIAL SPM . Like usual , aku masih lagi relaks selamba badak buat tak tahu tak baca buku . Kawan-kawan semua aku rasa pakat struggle gila tinggal la beberape kerat manusia yang takda kesedaran nak ambil SPM buat tak kesah ja . Kata kami , chill ah trial baru . Nampak sangat kata-kata manusia tiada kesedaran . Bagi aku semua paper memang susah , thrill giloss tau tak ? Lagi-lagi 4 subjek killer yang sudah tidak asing lagi iaitu biology , chemistry , physics dan add math semestinya . Sudahla dengan buku tak baca segala , masuk examination hall dengan otak kosong dan sekali buka kertas soalan rasa biol terus on the spot . Dah tak tahu sangat nak jawab apa terus main tembak ja . Ye la , takkan aku nak menjerit dalam dewan tu kod sebab tak reti jawab ? Nanti tak pasal orang ingat aku ni psiko ke apa . Paper first yang dah dapat ialah Syariah Islamiah . Sekali tengok markah , spoil terus . Tu baru syariah , belum lagi subjek membunuh yang lain . Nampaknya , trial kali ni berkemungkinan besar peluang untuk mendapat banyak A adalah sangat tipis , tersangat sangat tipis . Setakat ni , masih tiada A yang terkumpul :( waa , sedih tau kawan-kawan suma pakat dok kutip A , aku habuk pun takda . Malas memikirkan tentang trial yang mengecewakan , sekarang ni aku tengah fikir kat mana nak further study after SPM . Mula-mula rasa macam nak ambil STAM tapi rasa macam tak jadi pulak sebab rasa leceh aa nak kena pakai baju sekolah balik . Lepastu kawan ajak pergi KITAB . Rasa macam okay jugak tapi macam lama la pulak sebab dia ambik masa 4 tahun kod tak silap . Mummy pulak suruh try masuk matrik . Aku pulak tak mau sangat dengan matrik ni sebab subjek sains aku tak power , sangat tidak power .Tapi atas nasihat cikgu , aku daftar la jugak matrik tu sebagai persediaan . Tak tau lagi patut masuk matrik ke tidak , tapi kalau dapat barula nak pertimbangkan . SPM lagi sebulan setengah . Ketaq ni , tapi buku tak baca pon . Doakan aku Berjaya dalam SPM . Anyyonggaseyo , jumpa lagi k!

Jom Comment + Like Oke ?

No comments:

Post a Comment