Thursday 8 January 2015

2015 : Permulaan baru

                                                


Assalamualaikum wbt . Hai , salam sejahtera , hello , anyyeonghaseyo dan salam 1Malaysia aku ucapkan untuk semua . Bhaha , kemain panjang intro aku . Mohon readers sekalian tak menyampah dengan aksi aksi cewi aku si cik writer akibat meninggalkan blog ini terkontang kanting tanpa rasa bersalah . Eh ? Memang mohon penampar kalau macam ni . First of all , happy new year everybody meskipun hari ni dah 8hb , aku kisah apo ? Aha , gasaklah . Sekejap saja kan masa berlalu , pejam celik pejam celik eh dah tahun baru ? And the most important thing is : eh , aku dah besar ? ( besar lagi okay kod dari tua , yelah nak sedapkan hati sendiri , haha )  Umur dah bertambah 1 angka , im 19 uolls . Serious , aku rasa 2015 sangat asing dengan aku . Of course , tahun-tahun sebelum ni aku sibuk mencari barang barang keperluan sekolah , uniform la stationery la , lagi lagi kalau pergi bookstore , mau satu kedai tu aku borong buku bajet nak jadi pelajar cemerlang . Tengok buku ni rasa bagus , belek buku tu rasa bekenan . Sapa yang satu spesis dengan aku yang bajet ala ala pelajar mithali mesti dia tahu dilemma gila nak beli buku , hehe . Sekali kau masuk bookstore kau rasa tenggelam dalam dunia kau and tetiba kau akan rasa diri kau rajin membaca dan kau akan perahsantan yang diri kau sepsis ulat bulu , yang ni aku jamin . Frankly speaking , penghujung tahun 2014 , aku rasa kosong sikit maybe sebab aku dah tak lalui kod kesibukan nak ke sekolah . Aisehhh , tu pun sebab aku dah tak payah nak ke sekolah kalau tak mau berbakul aku komplen itu ini , cuti sekolah sekejap sangat la , sekolah lama sangat la and aku pernah sekali tu aku usulkan aku nak kurangkan hari persekolahan kalau aku jadi menteri nanti tapi malangnya angan angan aku tu ditentang keras oleh mummy aku . Mummy aku kata lingkup anak bangsa kalau aku buat macam tu . Memang la cakap mummy betul but aku fikir nak kurangkan beban pelajar je . Yelah bila fikir balik stress kod sekolah . Sapa yang cakap tak stress kita tak geng okay . Pergi main jauh jauh kat sana . Tapi tak dinafikan alam persekolah memang best sebab banyak experience yang kau kutip dari sekolah sangat useful dalam life kau . Tak berguna sekarang , mungkin untuk 7 tahun akan datang or maybe for the next 13 years . Who knows kan ? Jadi adik adik sekalian , rajin rajinkanlah diri anda ke sekolah ye . Jamgan la berfikiran negating serupa KakNis ni okay , tu just pemikiran aku yang tak berapa nak matang , rebellious phase mungkin . Macam ganas aje bunyinya tapi itulah kenyataan . Pelajaran penting gila okay . Even kau dapat straight A's pun tak menjamin future kau akan cerah bergemerlapan berkelip kelip seperti bintang . Apakah ? Mohon maaf adik-adik . Hal ini adalah kerana KakNis terlalu beremosi ketika menaip entry ini dek terlalu mengimbas kembali masa lampau . Kalau kau rasa malas gila nak belajar , cuba fikir effort mak dan ayah kau , pengorbanan diorang semata-mata nak kasi kau pelajaran . Ini kau ke sekolah main-main , satu habuk pun takda , orang utara cakap ' ngaji koi ' , masuk telinga kiri keluar telinga kanan . So , sementara masa masih ada ni apa kata kau format balik diri kau , muhasabah diri , fikir apa yang kau patut lakukan to make your dream comes true , walaupun bukan untuk kebahagiaan kau , atleast for your parents' . Think about them , they sacrifice almost everything to fulfil your wish , takkanlah hajat parents kau yang nak tengok kau berjaya kau tak boleh tunaikan ? Ni lah ayat memujuk mummy kalau aku buat muka taknak study . Sedih betul dengar ayat ni tapi aku paksa diri study jugak walaupun sikit even dah last minute sangat sangat dah time tu , paling tidak ada la jugak effort sikit daripada pasrah redho tak buat apa .Konsep redho dan berserah pun dah salah dah kat sini , kau redho apanya kalau usaha langsung takde ? Tepuk dada , Tanya iman bro . Everything possible , nothing impossible , cuma diri tu aje yang nak ke taknak . Baiklah , panjang aku membebel kali ni kan , yelah dah setahun kod tak post up new entry . Ni kira orang panggil sesi balas dendam lah . Okaylah , aku nak brainwash adik adik aku pulak ni , haha rasakan ! Aku tak kena brainwash ke ? Aku anak sulong takde sapa berani nak 'cuci' aku ,kahkah bangga sebentar . Till we meet again , sayonara .



                                             


Jom Comment + Like Oke ?